Thursday, February 19, 2009
cerita ketam dan kodok
Cerita yg bermula dengan huruf K
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada
Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata, "Ku
ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku
kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata
kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar
kudis?" Ketamketawa,
Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..k uh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok.....kenapa
kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam.
Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana
kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar
kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam
kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian
Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.
Labels:
drabbles
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment